Tuesday, June 3, 2008

Masyarakat kena ambil tahu taktik penjenayah

LAPORAN mengenai tiga pelajar warga Afrika yang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej antarabangsa di Mantin, Negeri Sembilan yang cedera dibelasah sekumpulan lelaki gara-gara menjalin hubungan cinta dengan gadis tempatan baru-baru ini, jika dilihat sekali lalu menggambarkan keganasan, tetapi moralnya tindakan itu wajar. Diamati secara mendalam, tindakan sekumpulan lelaki itu sebenarnya dapat menyelamatkan seorang lagi gadis tempatan daripada menjalinkan hubungan dengan warga Afrika. Dalam isu hangat ramai wanita dan gadis tempatan diperalat warga asing sebagai penghantar atau pengedar dadah di luar negara, seharusnya tindakan itu dianggap bertepatan. Kita tidak mahu lebih ramai lagi gadis dan wanita tempatan terjebak menjalin hubungan dengan warga asing, khususnya Afrika, yang ramai di kalangan mereka berniat jahat untuk melatih mereka terbabit dalam sindiket dadah antarabangsa.
Walaupun polis tidak mengesahkan kejadian di Mantin itu, ia kemungkinan besar ada kaitannya dengan kegiatan seumpama itu. Kes ini tidak seharusnya dipandang remeh. Isu pembabitan orang kulit hitam warga Afrika, termasuk Nigeria yang menggunakan pelbagai taktik ‘menggoda’ gadis tempatan khususnya pelajar dengan menawar percutian percuma ke Eropah atau diminta menghantar ‘serbuk emas’ kepada pihak ketiga dengan ganjaran lumayan memang ternyata satu hujah sahih. Sudah terbukti ramai warga tempatan ditahan dan dikenakan hukuman penjara di luar negara kerana disyaki terbabit sebagai sindiket dadah antarabangsa. Sebelum ini dicatatkan 96 rakyat Malaysia, kebanyakannya wanita dan pelajar, ditahan di luar negara kerana kes dadah, sebahagiannya di Venezuela, Peru, Argentina dan China.
Justeru, polis semakin agresif menjalankan operasi di seluruh negara bagi mengesan warga asing kulit hitam berikutan kegiatan mereka semakin menular sejak akhir-akhir ini. Pembabitan sindiket antarabangsa antaranya menjadikan Madrid, Sepanyol sebagai pangkalan kegiatan mereka dan mempergunakan wanita Malaysia untuk mengedar dadah ke beberapa negara lain di Eropah hingga ke China. Difahamkan, kegiatan warga asing kulit hitam itu menjadikan beberapa lokasi utama di Lembah Klang sebagai pusat mengatur strategi dan mencari mangsa termasuk di Damansara Damai dan beberapa kolej tempatan. Malah, dipercayai ada kalangan warga Afrika itu menggunakan status pelajar di universiti dan kolej tempatan untuk mengabui mata pihak berkuasa. Sebilangan mereka mengambil kesempatan menggunakan visa pelancong ke negara ini untuk mengorak langkah menjalankan kegiatan mereka melatih seramai mungkin gadis tempatan. Sebelum ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Bukti Aman, menahan dua ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa warga Afrika menggunakan taktik licik dengan mendaftar diri sebagai pelajar sebuah kolej swasta terkemuka di ibu kota bagi memudahkan mereka memikat serta memperdaya gadis tempatan untuk dijadikan penyeludup dadah ke Eropah.
Taktiknya menjalinkan hubungan cinta dengan gadis tempatan terlebih dulu. Apabila perangkap sudah terjerat, mereka meneruskan misi awal menjadikan gadis dan wanita tempatan pengedar dadah. Merujuk kepada kebanyakan kes yang berlaku sejak 2002, tidak sedikit berpunca daripada sikap masyarakat negara ini yang mudah terpedaya, bermain cinta dengan warga asing, terbuai dengan janji menikmati kemewahan dan hilang akal dengan janji palsu sehingga kadangkala harga diri menjadi pertaruhan, selain memperdaya wanita bekerja di luar negara dengan gaji lumayan. Keresahan dan kebimbangan itu membuatkan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim mencadangkan wanita berusia bawah 21 tahun yang mahu ke luar negara bersendirian mendapatkan perakuan bertulis daripada keluarga bagi memaklumkan tujuan mereka, sekali gus mengelakkan diperangkap sindiket terbabit. Namun, cadangan itu disalah tafsir apabila ia dikaitkan dengan semua wanita tanpa mengira usia sehingga menimbulkan bantahan pelbagai pihak. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri menyifatkan cadangan itu agak mustahil kerana beribu-ribu wanita Malaysia ke luar negara setiap tahun sama ada untuk urusan rasmi atau sebaliknya. Sesungguhnya, isu pembabitan rakyat Malaysia yang diperdaya menjadi pengedar dadah antarabangsa ini seakan tidak berakhir. Terkini, sindiket antarabangsa menggunakan taktik lain, iaitu menawarkan hadiah melancong percuma menerusi surat dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperdaya mangsa. Dalam kes itu, wanita tempatan kurang upaya (OKU), Siti Aishah Hamid, 42, menjadi mangsa terbaru apabila taktik itu terbongkar selepas dia ditahan di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi kerana didakwa cuba menyeludup 950 gram heroin dari Pakistan ke Malaysia. Tawaran bermula apabila Siti Aishah dari Kampung Simpang Empat, Kangar, Perlis, menerima surat dan SMS memenangi hadiah melancong percuma ke Singapura selama dua minggu serta diminta datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu pegawai yang menguruskan perjalanannya. Kejadian itu menyedihkan kita kerana insan kurang upaya turut menjadi mangsa. Bagaimanapun, mungkin ini memberi kejutan kepada rakyat kita. Disebabkan tidak didedahkan dengan taktik sindiket itu dan mudah percaya dengan tawaran seumpama itu, membuatkan mereka tidak berfikir panjang. Bagaimanapun, taktik sebegini memang sudah biasa digunakan oleh sindiket dadah antarabangsa di luar negara. Kita berharap supaya polis di negara ini dan polis antarabangsa (Interpol) boleh bekerjasama dalam segenap segi, termasuk bertukar pengalaman serta pengetahuan terhadap isu sebegini. Kita percaya banyak lagi taktik yang digunakan dan sindiket itu sentiasa mencari kaedah baru supaya tidak mendatangkan keraguan.